Hoonifox - jentera baharu Ken Block untuk video Gymkhana 11

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ramai yang terlupa, selain daripada bentuk badan klasik muscle car, Ford Mustang juga pernah ditawarkan dalam bentuk badan yang sedikit aneh, digelar sebagai Fox-body Mustang - diambil daripada nama platform Fox itu sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dan nampaknya, Ken Block kini berminat terhadap Mustang generasi ketiga yang diproduksikan dari tahun 1978-1993 untuk dijadikan sebagai jentera belasahan beliau, digelar sebagai Project Hoonifox.

 


Ini merupakan projek terbaharu beliau menggunakan kenderaan klasik Ford selepas Projeck Hoonicorn (Ford Mustang 1965), serta Project Hoonitruck (Ford F-150 1977).

Jentera ini bakal beraksi di dalam video ke-11 siri Gymkhana dan beliau dibantu oleh insan yang bertanggungjawab merekabentuk Batmobile baharu.

 


Spesifikasi jentera ini masih tidak didedahkan memandangkan kereta ini masih lagi di dalam bentuk konsep tiga dimensi, namun antara pilihan yang ada termasuklah nadi V6 Ecoboost turbo berkembar, atau nadi V8 Roush Yates yang sama seperti Hoonicorn V1.

Atau mungkin sekali trenkuasa elektrik 1,400 hp yang pernah kami paparkan pada jentera drag Mustang tempoh hari.

 


Spesifikasi penuh mungkin bakal diperkenalkan dalam masa terdekat, namun aksi apakah yang bakal dibawakan oleh Ken Block menerusi Gymkhana 11?

Sama-sama kita nantikan.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi…
Berita Global
Sebagai seorang pemandu yang luar biasa, usahawan berjaya, dan ketua keluarga, pemergiannya…