Hongqi S9 - hypercar berkuasa 1,400 hp, mampu capai kelajuan tertinggi 400 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Model pantas yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan sebuah Hongqi S9 yang merupakan kerjasama di antara Silk EV dan syarikat pengeluar terbesar China, FAW.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hongqi S9 merupakan sebuah hypercar hibrid yang dijana dengan enjin V8T dan tiga motor elektrik yang berupaya menghasilkan kuasa setinggi 1,400 hp!

 


Dari pegun, Hongqi S9 mampu mencapai 100 km/j dalam masa 1.9 saat dan kelajuan tertinggi 400 km/j, sementara pek bateri pula dikatakan mampu membenarkan operasi sifar emisi sejauh 40 km.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pembangunan Hongqi S9 turut mendapat sentuhan daripada pereka lagenda, Walter De Silva yang sebelum ini bertanggungjawab membangunkan rekaan Audi R8, Lamborghini Egoista dan Volkswagen Scirocco.

 


Tidak banyak spesifikasi yang didedahkan buat masa ini, namun Hongqi S9 hanya akan diproduksikan sebanyak 99 unit sahaja dengan penghantaran bermula seawal 2022.

Produksi hypercar ini akan mengambil tempat di Modena, Itali di mana ibu pejabat Silk EV terletak, sementara model-model Hongqi yang lain akan dihasilkan di China.

 


Harga jualan pula bermula dari $1.45 juta (RM5.97 juta).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama Silk-FAW ini akan dimulakan dengan pengenalan model hypercar mewah Hongqi S9 yang akan…