Hong Leong Bank, MMSDA jalin kerjasama - tawar bantuan pembiayaan sehingga RM5 juta

oleh Mohamad Hanif|

Hong Leong Bank Berhad dan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) menandatangani perjanjian persefahaman memberikan solusi yang menyeluruh bagi menggalakkan pertumbuhan motosikal dan skuter serta industri SME di negara. 

Melalui perjanjian ini, MMSDA serta 16 pertubuhan negeri yang bernaung di bawahnya dan kira-kira 6,000 orang ahli bakal mendapat manfaat dari segi bantuan kewangan dan solusi perbankan bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka. 

Ini termasuklah program yang dibangunkan khas, iaitu Motorcycle Dealers Programme (MDP) bagi memberikan bantuan sehingga RM5 juta dan kelayakan untuk perkhidmatan lain seperti

  • Auto Loan Packages
  • Cash Management
  • Payments and Merchants Services
  • Foreign Exchange Service 
  • Digital Business Solutions

Menurut Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO HLB berkata, "di Hong Leong kami percaya produk dan perkhidmatan kewangan perlu dibangunkan bagi memenuhi keperluan spesifik pelanggan.

"Tidak satu produk yang mampu untuk memenuhi kesemua SME kerana mereka beroperasi di dalam industri dan segmentasi pasaran yang sangat berbeza. 

Dengan pertumbuhan positif dalam e-perdagangan, perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran, ia menyaksikan peningkatan permintaan terhadap motosikal sebagai kenderaan utama bagi sektor komersil dan kegunaan peribadi. 

Menurut Persatuan Pengeluar Motosikal Malaysia, dinamik pasaran kini lebih positif sejak tahun 2016 dengan kadar kenaikan sebanyak 25% dalam masa lima tahun akan datang. 

Sebagai sebuah Bank SME terbaik di Malaysia (2019) yang diiktiraf oleh The Asian Banker, Hong Leong Bank berasa amat berbangga dapat membantu sektor SME supaya lebih berdaya saing pada masa akan datang. 

Berikut merupakan kelebihan yang bakal diperoleh menerusi kerjasama ini: 

Untuk MMSDA dan16 persatuan di bawah MMSDA:
Current and Saving Accounts (CASA) & Fixed Deposits 

Untuk SME – Motorcycle and Scooter Dealers and Retailers:
SME Loans (MDP, SMElite, Business Auto Loan)
Cash Management
Payments and Merchants Services 
Business and Key Man Insurance
Digital Business Solutions via HL ConnectFirst Lite: 
•    Biztory - solusi perisian e-accounting dan e-invoicing
•    Kakitangan - platform e-sumber manusia dan e-payroll 
•    SimpleTax 
WeChat Official Account
Foreign Exchange

Personal Financial Needs for Members:
Personal Property Loan/Financing
Current and Saving Accounts (CASA)
Fixed Deposits
Credit Card
Forex

Add new comment

Careta Ad