HondaJet lancar jet peribadi Elite S yang dinaiktaraf

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menghasilkan kereta-kereta pantas seperti Honda Civic Type R, Honda juga sebenarnya turut menceburkan diri di dalam industri pesawat ringan menerusi HondaJet.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti saudara empat rodanya di jalan raya, HondaJet juga sebenarnya merupakan pesawat jet ringan yang paling laris terjual di dunia untuk empat tahun berturut-turut.

Meneruskan lagi legasi pesawat ringan yang sudah terbukti itu, HondaJet kini melancarkan pesawat yang digelar sebagai Elite S dengan beberapa penambahbaikan berbanding model Elite terdahulu serta penawaran warna eksklusif.

 


Salah satu ciri terpenting yang didatangkan pada Elite S adalah berat maksimum pelepasan yang dinaikkan sebanyak 90.7 kg, bermakna anda boleh menambah muatan atau seorang lagi penumpang, atau memilih untuk menambah jarak penerbangan yang lebih jauh (ekstra 222 km).

Selain daripada itu, HondaJet menawarkan warna-warna eksklusif seperti Gunmetal, Luxe Gold dan Deep Sea Blue kepada palet warna sedia ada.

Ciri keselamatan ketika terbang dipertingkatkan dengan kehadiran Advanced Steering Augmentation System (ASAS) yang direka untuk mengurangkan beban kepada juruterbang terutama ketika penerbangan dalam cuaca yang tidak baik.

 


Sistem komunikasi pesawat ini turut mendapat ciri FAA Data Comm dan Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) bagi menggantikan arahan suara tradisional dengan pesanan berasaskan teks.

Menurut HondaJet, ciri itu tadi bertujuan untuk meningkatkan kadar keberkesanan komunikasi selain mementingkan tahap keselamatan di udara.

 


HondaJet Elite S masih lagi mengekalkan unit enjin turbofan Honda HF120 berkembar, setiap satunya mampu menjana daya tujahan setinggi 9.1 kN (9,100 Nm) dan mampu mencapai kelajuan penerbangan 422 knot (782 km/j).

Ciri penjimatan bahan api juga turut menjadi identiti HondaJet Elite S apabila pesawat ringan itu mampu terbang sejauh 2,661 km!

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan sayap ini merupakan kolaborasi Lexus bersama Yoshihide Muroya, seorang juruterbang…
Berita Global
Berdasarkan laporan daripada The Register, cakera liut masih lagi digunakan untuk mengemaskini…
Berita Global
Semenjak pengumuman mengejut yang dibuat oleh Airbus untuk menghentikan produksi pesawat Airbus…