HondaJet Elite II - jet terpantas, ada sistem pendaratan kecemasan autonomi

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara pameran European Business Aviation Convention and Exhibition Geneva, Switzerland, Honda memperlihatkan model pesawat terbaharu HondaJet Elite II.
AION MREC Banner Campaign May 2024

HondaJet Elite II dikuasakan oleh sepasang enjin GE Honda HF120, setiap satu mampu menjana kuasa tujahan 2,050 lbf (9.1 kN), di mana ia disifatkan sebagai pesawat yang paling pantas, terbang paling tinggi dan paling jauh di dalam kelasnya.
 

Elite


Bukan itu sahaja, Elite II boleh berlepas dari landasan sependek 1,128 meter dan terbang sejauh 2,865 km.

Ia juga jet yang paling jimat bahan api walaupun mempunyai ruang kabin yang terbesar di dalam kelasnya, dan ruang storan sebesar 1,756 liter.

HondaJet Elite II menawarkan kapasiti sehingga enam orang penumpang, namun terdapat juga versi tujuh tempat duduk yang disediakan bergantung kepada permintaan.
 

Onyx


Pelanggan HondaJet boleh memilih kemasan dalaman Onyx atau Steel, dan setiap satu menampilkan susun atur kelab eksekutif, tempat duduk kulit dua tona dan fungsi berpusing untuk keselesaan optimum.

Pesawat ini dilengkapi dengan sistem avionik Garmin G3000 yang turut menawarkan fungsi kawalan tekanan, pencahayaan dan pencairan ais secara automatik.
 

Elite II


Selain daripada sistem Autothrottle yang boleh mengurangkan beban kepada juruterbang, HondaJet Elite II menawarkan fungsi pendaratan cemas autonomi di mana ciri ini direka untuk menyelamatkan penumpang dalam situasi yang tidak diingini.

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan tanda harga sebenar bagi HondaJet Elite II.
 

Elite II


Namun, Honda menjelaskan pesawat ini telah pun menerima sijil kelulusan jenis daripada U.S. Federal Aviation Administration, dan dijangka akan menerima pensijilan yang sama daripada European Union Aviation Safety Agency dalam masa terdekat.

Baca: Spesifikasi HondaJet Elite II

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi syarikat Honda Aircraft Company, Honda baru-baru ini mengumumkan pengedaran pesawat…
Berita Global
Hondajet Elite S 2021   Pengenalan itu adalah sebahagian daripada program automasi pesawat,…