Honda ZR-V untuk Jepun, ada 2.0L hibrid dan 1.5L Turbo!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda ZR-V Jepun
Honda ZR-V Jepun
Pada hari yang sama Honda Malaysia melancarkan HR-V baharu, Honda di Jepun memperkenalkan ZR-V yang merupakan HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat.

Honda memang sibuk kebelakangan ini dengan beberapa pengenalan model baharu seperti CR-V dan Civic Type R.

Sebelum Jepun, Honda terlebih dahulu memperkenalkan ZR-V di China dan disahkan memasuki pasaran di Eropah.

Ini bermakna, pengguna di Eropah dan Jepun akan menerima dua 'HR-V' dan satu sahaja untuk Amerika Syarikat.
Honda ZR-V Jepun

 

Dari segi reka bentuk, ZR-V nampak sedikit berbeza dengan model Amerika Syarikat dan China.

Paling ketara ialah rekaan bampar depan dengan gril yang melintang.

Body cladding Jepun juga dibuat sama warna dengan badan dan lebih kepada gayaan urban berbanding lasak pada model Amerika Syarikat dan China.

Selain dua ciri tersebut, reka bentuk roda ZR-Z nampak sama seperti pasaran lain.

Honda memaklumkan ZR-V dibangunkan di bawah konsep glamorous & elegant dan boleh dipersetujui melalui gambar yang diberikan.

 

Honda ZR-V Jepun

 

Bahagian dalam pula dilihat sama dengan model pasaran lain dan permainan warna pada ZR-V Jepun kelihatan lebih elegan.

Berkenaan rangkaian kuasa, sudah menjadi standard Honda untuk menawarkan nadi hibrid dan turbo.

ZR-V adalah SUV pertama Honda dilengkapi nadi Sports e:HEV yang menggabungkan enjin 2.0 liter dan sistem dua motor hibrid e-CVT.

Turut ditawarkan ialah enjin 1.5 liter turbo dan dipadan bersama transmisi CVT. Kedua-dua pilihan enjin akan ditawarkan dengan pilihan pacuan AWD real-time.

 

Honda ZR-V Jepun

 

Selepas Jepun ke mana pula destinasi ZR-V? ASEAN dan Malaysia? 

Belum pasti lagi dan ianya satu produk menarik pada masa pengguna gemarkan SUV dengan HR-V telah menerima 20,000 tempahan!

ZR-V dibina dari platform Honda Civic FE dan lebih luas berbanding HR-V. Saingan terdekat ialah Toyota Corolla Cross yang juga dibina dari platform TNGA-C Corolla.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda ZR-V Jepun

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan satu SUV, Honda baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model baharu menerusi…
Berita Global
  Dipasarkan di Jepun, Honda Access Co., Ltd. turut menawarkan pelbagai aksesori tulen untuk ZR-V…
Berita Global
Lebih dikenali dengan nama HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat, ZR-V 2023 JDM boleh didapati dengan…