Honda ZR-V lengkap dengan kit Honda Access Jepun!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda ZR-V Honda Access 2022
Honda ZR-V Honda Access 2022
Honda mempunyai dua HR-V sekarang ini dan dijual serentak di Jepun. Selain HR-V yang kekal sebagai HR-V, sebuah lagi dikenali sebagai ZR-V.

Honda HR-V versi global seperti pasaran tempatan tidak dijual di Amerika Syarikat dan digantikan dengan HR-V versi ZR-V.

Malah, HR-V pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu diperkenalkan sebelum menyusul ke China dan Jepun dengan nama ZR-V.

Bezanya, ZR-V dibangunkan dari platform Honda Civic dan lebih besar daripada HR-V pasaran global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda ZR-V Honda Access 2022

 

Dipasarkan di Jepun, Honda Access Co., Ltd. turut menawarkan pelbagai aksesori tulen untuk ZR-V dan berada di pengedar Honda bermula 21 April 2023.

Seperti biasa, kit Honda Access tidak keterlaluan dan bahagian depan ringkas dengan lampu kabus LED beserta perumah, garnish bawah dan skirt bampar depan.

Bahagian tepi dipasang skirt sisi dan rim MG-030 saiz 19 inci dalam warna Berlina Black. Pada bahagian belakang dipasangkan skirt bampar dan spoiler bumbung.

 

Honda ZR-V Honda Access 2022

 

Bahagian dalam juga ringkas namun meriah dengan pelbagai nyalaan. Pelapik bendul mempunyai nyalaan berturut (sequence) dari tengah ke kanan dan kiri.

Satu lagi yang menarik ialah lampu suluhan jalan dengan saiz dominan dari depan hingga belakang. 

Biasanya pengeluar akan tampil dengan suluhan logo apabila pintu depan dibuka. Lampu LED juga dipasang pada pintu kargo belakang.

 

Honda ZR-V Honda Access 2022

 

Berikut ialah aksesori Honda Access untuk Honda ZR-V pasaran Jepun:

Luaran

  • Skirt bampar depan, belakang dan sisi
  • Lampu kabus LED putih atau kuning beserta perumah
  • Garnish bawah bampar depan
  • Garnish plat pendaftaran belakang
  • Spoiler belakang
  • Perumah cermin sisi
  • Logo hitam
  • Lampu suluhan jalan
  • Rim MG-030 saiz 19 inci dalam warna Berlina Black
Honda ZR-V Honda Access 2022

 

Dalaman

  • Nyalaan pada kotak konsol tengah dan bekas minuman
  • Nyalaan pada poket pintu
  • Lampu lantai
  • Pelapik bendul pintu dengan nyalaan berturut
  • Lampu LED pada pintu kargo 
  • Pedal sport
  • Pengecas tanpa wayar
  • Slot USB Jenis C
  • Pelapik lantai kargo belakang
Honda ZR-V Honda Access 2022

 

Mungkin ada yang tertanya kenapa Honda perlu buat dua 'HR-V'?

Seperti yang dinyatakan di atas, ZR-V mempunyai saiz lebih besar dan sesuai untuk bersaing dengan Toyota Corolla Cross.

SUV itu dibina dari platform TNGA-C yang turut digunakan pada Toyota Corolla.

Honda kini mempunyai siri SUV V dalam pelbagai segmen iaitu WR-V, HR-V, ZR-V dan CR-V.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak cukup dengan satu SUV, Honda baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model baharu menerusi…
Berita Global
Lebih dikenali dengan nama HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat, ZR-V 2023 JDM boleh didapati dengan…
Berita Global
  Dari segi reka bentuk, ZR-V nampak sedikit berbeza dengan model Amerika Syarikat dan China.…