Lebih dikenali dengan nama HR-V untuk pasaran Amerika Syarikat, ZR-V 2023 JDM boleh didapati dengan dua pilihan enjin.
Pembeli boleh mendapatkan model dengan enjin 1.5 liter turbo (180 hp/220 Nm) atau trenkuasa hibrid i-MMD 2.0 liter yang sama didapati pada model Civic e:HEV, dengan kuasa keseluruhan 181 hp dan 315 Nm.

Kedua-dua trenkuasa ini dipadankan dengan transmisi CVT, serta pilihan pacuan roda depan atau semua roda bergantung kepada spesifikasi.
Dengan adanya model ZR-V, ia dilihat akan menggantikan terus peranan yang ditinggalkan oleh Honda CR-V.
Sebelum ini, Careta ada melaporkan bahawa Honda telah menghentikan penjualan bagi model CR-V, Accord dan Insight di pasaran Jepun disebabkan oleh permintaan yang tidak memberangsangkan.

Ini bermakna, pembeli di Jepun boleh mendapatkan model ZR-V, ataupun HR-V yang lebih kecil saiznya.
Harus diingatkan, Honda ZR-V sebenarnya lahir dari platform Civic FE, dan ia dilihat mampu memberikan saingan terus kepada SUV Toyota Corolla Cross.