Honda, Yamaha, bergabung!

oleh HEZERI SAMSURI|

Honda dan Yamaha sememangnya adalah dua buah jenama motosikal yang sering bertanding antara satu sama lain.

Malah, peminat kedua-dua jenama itu sering bertekak di laman sosial kami, sampaikan kami sendiri tertidur membaca alasan dan komen yang diulang lebih 2.40 billion kali.

Namun begitu, di Jepun baru-baru ini, kedua syarikat tersebut telah mengumumkan akan bekerjasama untuk mempercepatkan lagi proses pengenalan motosikal elektrik di pasaran global.

Kerjasama itu boleh dilihat di Saitama City, ke utara bandaraya Tokyo di mana bandar itu sedang mencuba perkhidmatan menyewa motosikal elektrik untuk penduduk setempat.

Projek pertama itu akan menggunakan 30 unit motosikal elektrik yang lengkap dengan stesen caj dan penukaran bateri.

Program bandaraya itu membolehkan Honda dan Yamaha memperhalusi lagi produk-produk motosikal elektrik masing-masing.

 

honda E_cub

 

Honda dijangka akan menghasilkan motosikal moped elektrik mereka yang mempunyai rekabentuk seperti kapchai C70.

Yamaha pula sudah terlambat untuk melancarkan motosikal elektrik PS1 mereka yang sepatutnya dilancarkan dalam tahun 2016.

Honda dan Yamaha akan menguji dan membantu membina infrastuktur untuk program sewa motosikal elektrik di bandaraya Saitama City dan dengan cara ini, kedua syarikat tersebut akan mendapat pengalaman dan informasi akan kegunaan kenderaan bebas penceramaran itu.

Sebenarnya, Honda dan Yamaha sudah lama ketinggalan keana Modenas pernah melancarkan motosikal elektrik untuk pasaran  tempatan. 

Modenas C-Trik dilancarkan dalam tahun 2011 dan menggunakan bateri gel asid. Dengan jarak perjalanan antara 30 ke 50 km dengan kelajuan malar 40 kmsj.

Ia memerlukan 3.5 jam untuk mengecaj bateri menggunakan sistem fast charging tetapi pengguna diberikan sistem caj soket biasa dan itu memerlukan masa 8 jam untuk dicaj penuh.

Dijual dengan harga sekitar RM5,000, tidak hairan kenapa C-Tric tidak begitu popular kerana jarak perjalanan yang pendek dan masa mengecaj yang lama.

 

Modenas C-tric
Gambar dari laman web www.ansoonmotor.mpn2u