Honda XL750 Transalp 2025 Jepun - Lampu baharu, warna Pearl Deep Mud Gray

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda XL750 Transalp 2025 Jepun
Honda XL750 Transalp 2025 Jepun
Honda sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen pengembaraan dengan pelancaran model XL750 Transalp yang telah diperbaharui.

Bukan untuk pasaran tempatan tetapi buat pelanggan di Jepun.

XL750 Transalp 2025 tampil dengan warna baharu yang menarik iaitu Pearl Deep Mud Gray.

Bukan sahaja warna, model 2025 turut membawakan beberapa lagi perubahan seperti lampu depan, penghadang angin dan talaan suspensi.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Reka Bentuk dan Keselesaan Dipertingkatkan

 

Honda XL750 Transalp 2025 Jepun

 

Perubahan ketara pada XL750 Transalp kali ini tertumpu pada bahagian hadapan. Lampu depan projektor berkembar baharu menyerlahkan imej pengembaraan.

Penghadang angin direka dengan saluran masuk udara di tengah untuk mengurangkan pusaran angin selain pengalaman menunggang lebih selesa terutama pada kelajuan tinggi.

Honda turut mengambil langkah mesra alam dengan menggunakan plastik bio-kejuruteraan DURABIO™ untuk penghadang angin ini.

 

Honda XL750 Transalp 2025 Jepun

 

Tunggangan Lebih Selesa dalam Pelbagai Situasi

Aspek keselesaan tunggangan turut diberi penekanan melalui perubahan pada tetapan suspensi depan dan belakang.

Talaan baharu ini bertujuan untuk menawarkan keselesaan di jalan berturap dan keupayaan menyerap hentakan di permukaan jalan yang tidak rata.

Pilihan Warna Baharu

Selain penambahbaikan teknikal, XL750 Transalp hadir dengan pilihan warna baharu yang elegan Pearl Deep Mud Gray.

Warna ini melengkapi pilihan sedia ada Ross White yang terus menyerlahkan imej pengembaraan.

 

Honda XL750 Transalp 2025 Jepun

 

Enjin dan Kuasa

Jantung kepada XL750 Transalp ialah enjin RD16E bersesaran 754 cc, sejukan cecair, OHC (Unicam) dan konfigurasi dua silinder selari.

Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 91 ps pada 9,500 rpm dan tork maksimum 75 Nm pada 7,250 rpm. 

Harga

Honda Transalp XL750 ditawarkan di Jepun pada harga 1,320,000 yen (RM38,938). Honda menyasarkan jualan sebanyak 200 unit setahun.

 

Honda XL750 Transalp 2025 Jepun

 

Spesifikasi Utama XL750 Transalp 2025:

  • Enjin: RD16E, Sejuk Cecair, 4-Lejang, OHC (Unicam), 2 Silinder Selari, 4 Injap
  • Sesaran: 754 cc
  • Gerek x Lejang: 87.0 x 63.5 mm
  • Nisbah Mampatan: 11.0
  • Kuasa Maksimum: 91 ps @ 9,500 rpm
  • Tork Maksimum: 75Nm @ 7,250 rpm
  • Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api Elektronik (PGM-FI)
  • Transmisi: 6 Kelajuan
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 16 Liter
  • Berat Kenderaan: 210 kg
  • Jarak Roda: 1,560 mm
  • Tinggi Tempat Duduk: 850 mm
  • Tayar Depan: 90/90-21M/C 54H
  • Tayar Belakang: 150/70R18M/C 70H
  • Brek Depan: Cakera Berkembar Hidraulik
  • Brek Belakang: Cakera Hidraulik
  • Suspensi Depan: Teleskopik (Terbalik)
  • Suspensi Belakang: Lengan Ayun (Pro-Link)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
XL750 dinadikan dengan enjin 755cc, dua-silinder selari, penyejuk cecair OHC empat lejang Unicam…