Honda X-NV Concept - crossover HR-V berkuasa elektrik untuk pasaran China (lagi..)

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Shanghai Auto Show, Honda membawakan kepada para pengunjung (dan pembaca internet seperti anda) sebuah kereta elektrik eksklusif buat pasaran China yang kini memfokuskan kepada EV. 

Dibina dengan kerjasama antara Honda Motor China Technology dan Dongfeng Honda, Honda X-NV merupakan sebuah crossover elektrik menggunakan asas daripada XR-V yang dibangunkan khusus buat pasaran tersebut. 
 


Jika dibandingkan dengan XR-V, X-NV tampil dengan beberapa perubahan kosmetik di bahagian luaran selain menampakkan elemen biru yang menggambarkan ia sebuah EV.

Model konsep X-NV ini tidak memperincikan sebarang butiran berkenaan trenkuasa, namun jika anda masih ingat Everus VE-1 (Honda-GAC) yang ditampilkan beberapa ketika dahulu mempunyai sebuah motor elektrik berkuasa 161 hp dan 280 Nm. 

Pek bateri 53.6 kWh pula mampu memberikan jarak operasi sejauh 340 km berdasarkan kitaran data NEDC.

Baca: Honda Everus VE-1 di China, bermula dari RM103k
 


Jadi, adalah selamat untuk kita menganggap ia masih mengekalkan spesifikasi yang sama atau sedikit penambahbaikan terhadap jarak operasi X-NV ini. 

Pihak Dongfeng Honda mensasarkan penjualan X-NV ini bermula separuh kedua tahun ini sebagai kereta produksi massa pertama untuk pasaran tempatan.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Gril hadapan kekal dengan elemen Expanding Cosmos tetapi direka agar nampak lebih moden. Ia diapit…
Berita Global
Sama seperti apa yang dilakukan oleh Honda, Toyota turut tampil dengan crossover berkuasa elektrik…