Honda X-ADV 2023 kini dengan warna baharu Shasta White, dari RM68,899

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda hari ini melancarkan skuter stail kembara X-ADV 2023 dengan penawaran warna baharu untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna baharu yang dimaksudkan itu ialah Shasta White yang menjadikan skuter X-ADV ini lebih elegan, dan dalam masa yang sama mengekalkan imej agresif sedia ada.
 

ADC


Honda X-ADV 2023 didatangkan dengan skrin instrumen digital 5.5 inci dengan sokongan Honda Smartphone Voice Control System (HSVCS), lampu LED berkembar beserta lampu nyalaan siang LED, lampu LED belakang, dan cermin penghadang angin boleh laras lima tahap.

Dari segi kuasa, Honda X-ADV 2023 mengekalkan enjin parallel-twin 745 cc sejukan cecair dengan piawaian Euro 5 yang mampu menjana kuasa setinggi 57.7 hp @ 6,750 rpm dan daya kilas 69 Nm @ 4,750 rpm yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan.
 

XADV


Ciri lain termasuklah sistem brek cakera depan dan belakang, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan sistem brek ABS dua saluran.

Selain warna Shahsta White itu tadi, Honda X-ADV 2023 boleh dipilih dalam warna Mat Ballistic Black Metallic dan Pearl Deep Mud Gray.

Harga jualan bermula dari RM68,899 atas jalan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.