Honda X-ADV 2022 kini dengan warna baharu hitam metalik - harga dari RM67,799

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengemaskini penawaran skuter kembara Honda X-ADV 2022 dengan warna baharu Mat Ballistic Black Metallic sebagai penambahan kepada warna sedia ada - Pearl Deep Mud Gray dan Grand Prix Red.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

X-ADV 2022 masih lagi dikuasakan oleh nadi parallel twin 745 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 57.7 hp @ 6,750 rpm serta daya kilas 69 Nm @ 4,750 rpm, dipadankan dengan kotak gear klac berkembar DCT enam kelajuan.
 

XADV


Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan jenis USD 41 mm, lengan ayun Pro-Link, sementara aspek tunggangan dibantu dengan sistem pendikit throttle-by-wire dengan empat mod berbeza (Standard, Sport, Rain & Gravel), serta sebuah mod yang boleh disesuaikan.

Ia turut dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti ABS dua saluran, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Emergency Stop Signal (ESS) serta sokongan sambungan kepada peranti pintar Honda Smartphone Voice Control (HSVCS) yang boleh dikawal menerusi suis pada bahagian kiri bar hendal.
 

ADV


Kelengkapan standard yang lain termasuklah lampu utama LED berkembar, lampu DRL, cermin penghadang angin boleh laras lima kedudukan, ruang storan 1.2 liter dan 22 liter di bawah pelana, slot pengecasan USB, serta sistem kunci pintar.

Harga jualan bermula dari RM67,799, lengkap dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).