Honda X-ADV 2021 - peningkatan kuasa kepada 58 hp/69 Nm, harga dari RM67,799

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2018, Honda X-ADV hari ini secara rasmi menerima kemaskini spesifikasi yang merangkumi peningkatan kuasa, serta penambahbaikan kepada ciri sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda X-ADV masih lagi mengekalkan enjin parallel twin empat lejang 745 cc yang dipadankan dengan transmisi DCT enam kelajuan, namun dengan kuasa yang dipertingkatkan kepada 58 hp @ 6,750 rpm dan daya kilas 69 Nm @ 4,750 rpm.

Peningkatan kuasa tersebut diselarikan dengan nisbah gear yang lebih pendek pada posisi gear pertama, kedua dan ketiga bagi membenarkan pecutan yang lebih pintar, sementara nisbah gear yang panjang untuk posisi gear empat, lima dan enam pula dioptimasikan untuk penjelajahan kelajuan tinggi sekaligus menyumbang kepada penjimatan bahan api.

 


Selain daripada itu, rangka jenis diamond yang direka serba baharu telah berjaya mengurangkan berat sehingga 1 kg jika dibandingkan dengan penggunaan rangka terdahulu.

Honda X-ADV menawarkan sehingga empat mod tunggangan iaitu STANDARD, SPORT, RAIN dan GRAVEL, serta mod USER yang boleh ditetapkan.

Sistem suspensi jentera ini terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik 41 mm, dan Prolink Swingarm di bahagian belakang, sementara sistem pemberhentian pula terdiri daripada brek cakera yang dibantu dengan sistem ABS dua saluran.

 


Honda juga turut menawarkan penambahbaikan kepada ciri sedia ada seperti contoh Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang kini menawarkan sehingga tiga tahap intervensi.

Segala informasi penting dipaparkan menerusi skrin TFT bersaiz lima inci dengan ciri Honda Smartphone Voice Control System yang membolehkan pengguna menyambungkan peranti pintar mereka menerusi sambungan Bluetooth, dan mengawal fungsi seperti panggilan telefon, emel, muzik dan navigasi.

Rupa paras tidak pernah diketepikan pada X-ADV FMC (Full Model Change), di mana unit lampu utama berkembar telah diberikan nafas baharu, beserta lampu nyalaan siang (DRL) LED.

 


Selain itu, ruang storan kini menjadi semakin besar, dengan tambahan glovebox 1.2 liter serta ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk sebesar 22 liter yang menempatkan slot pengecasan USB.

Tidak ketinggalan, sistem kekunci pintar (Smart Key) yang menggantikan peranan kunci konvensional untuk memulakan enjin, membuka penutup tangki bahan api dan membuka tempat duduk, serta topang tengah yang dilengkapi dengan penderia kecondongan yang didatangkan sebagai ciri standard.

Tiga warna ditawarkan untuk Honda X-ADV iaitu Pearl Deep Mud Gray, Grand Prix Red dan Graphite Black, sementara harga pula bermula dari RM67,799 atas jalan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

 


Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Masalah pada ESL itu telah menyebabkan kunci pemegang X-ADV 750 V2 tidak boleh dibuka dan…
Telah Diuji
Mereka mula menggegarkan dunia menerusi pengenalan skuter X-ADV dengan sesaran enjin 750 cc, namun…
Berita Global
Honda X-ADV mungkin merupakan satu-satunya produk unik yang hadir di dalam kelas yang tersendiri,…