Honda Wave Alpha terima warna baharu 2025 - dari RM5,259

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda (BSH) hari ini baharu sahaja melancarkan variasi warna baharu bagi tahun 2025 untuk model moped 110cc, Honda Wave Alpha.

Honda Wave Alpha 2025 ditawarkan dengan empat variasi warna baharu seperti; Perak, Biru, Merah dan Hitam.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Wave Alpha dikuasakan oleh enjin 109.2cc dengan Programmed Fuel Injection (PGM-FI), memberikan prestasi yang optimum dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan.

wave

Ia menampilkan tangki petrol 4.1 liter dan ruang utiliti 7.3 liter yang luas untuk keperluan penting seperti jaket menunggang dan barangan peribadi, untuk perjalanan ulang-alik harian atau perjalanan jarak dekat.

Menambah keselesaan, Wave Alpha menampilkan tempat duduk yang lebih luas dalam memastikan pengalaman menunggang yang lebih menyeronokkan dan santai.

wave

Honda Wave Alpha ditawarkan dengan dua harga berbeza mengikut pilihan warna, bagi warna Perak, Biru dan Merah, ia dijual dengan harga disyorkan bermula dari RM5,309 manakala warna hitam dijual dengan harga lebih rendah bermula dari RM5,259.

wave

Untuk setiap pembelian, BSH tawarkan pakej waranti selama dua tahun atau jarak perbatuan sehingga 20,000km mengikut mana yang sampai dahulu.

 

wave