Honda Wave Alpha 2023 rasmi - enjin 110 cc Euro 4, penampilan sporti, dari RM5,179

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda selaku pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia telah melancarkan Honda Wave Alpha 2023 yang didatangkan dengan ciri yang dipertingkatkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk model tahun 2023, ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 110 cc yang kini mematuhi piawaian Euro 4, serta dibantu dengan teknologi "Programmed Fuel Injection".
 

wave


Ia mampu menghasilkan 8.7 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 8.67 Nm @ 5,500 rpm, serta memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api 70.9 km/liter, terbaik di dalam kelasnya.

Rupa paras Wave Alpha 2023 dipertingkatkan dengan penampilan yang sporti terutama lampu belakang serba baharu, diikuti dengan meter kelajuan yang dikemaskini dengan petunjuk PGM-FI.
 

wave


Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.1 liter sementara storan bawah pelana kini menyediakan ruang sebesar 7.3 liter.

Terdapat tiga warna yang ditawarkan iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow.
 

wave


Harga jualan Honda Wave Alpha 2023 bermula dari RM5,719, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.