Honda Wave 125i terbaharu diiktiraf EEV, bermula RM6,263.54

oleh Careta.my|
honda-main
honda-main
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Wave 125i baharu telah dilancarkan hari ini. Model terkini dari Boon Siew Honda (BSH) ini disertai dengan slogan “A Class of Your Own” ataupun "Dalam kelasnya yang tersendiri" bagi membezakan keunggulan Honda Wave 125i baharu berbanding dengan motosikal yang lain dalam kategori yang sama. Wave 125i baharu disertai ciri ciri premium seperti keselesaan dan kecekapan bahan api. Rekaan luaran Honda Wave 125i Baharu ini direka agar tampak lebih menarik dan menampilkan tunggangan yang lebih ranggi. Ia dilengkapi panel meter premium yang memaparkan gaya terkini dengan susun atur strategik dan pencahayaan yang cerah memudahkan pembacaan samada diwaktu siang atau malam. honda2 Tahap keterlihatan penunggang juga dipertingkatan demi menjamin keselamatan penunggang. Lampu belakang modennya menawarkan pencahayaan terang untuk meningkatkan tahap tersebut. Selain itu, Wave 125i baharu juga didatangkan dengan logo 3D sebagai identitinya yang unik dan menarik. Jentera underbone ini enjin 124.9cc sejukan udara dengan Suntikan Bahan Api Terancang (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi) bagi meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api. Tangki bahan apinya yang sebesar  5.4Liter merupakan yang terbesar di antara motosikal dalam kategori sama bagi embolehkan capaian jarak perjalanan sejauh hampir 300KM* perjalanan bagi satu tangki penuh. Wave 125i baharu ini diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). honda1 Wave baharu ini juga satu-satunya Kapcai dalam pasaran Malaysia yang dibina dengan kebuk-U 18 liter bagi membolehkan penyimpanan barang peribadi. Kebuk-U ini mampu menampung sebuah topi keledar penuh muka (full-faced) di bawah tempat duduknya yang besar untuk menjamin keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh. honda3 Wave 125i Baharu ini ditawarkan dalam tiga warna premium: Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red, Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), dan Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic). Ia didatangkan dalam dua varian iaitu dengan Brek Cakera Tunggal ataupun Dwi Brek Cakera, masing-masing pada harga yang disyorkan bermula daripada RM6,263.54 dan RM6,549.74 termasuk GST tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer dan warranti tambahan satu tahun atau 10,000 kilometer untuk enjin (yang mana terdahulu). Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Wave Dash Fi 2017, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau laman Facebook mereka di  www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   Anda juga boleh menghubungi talian pelanggan mereka di  1800-88-3993 (Isnin ke Jumaat, 8pg hingga 5ptg tidak termasuk cuti umum) [gallery ids="28698,28699,28700,28701,28702,28703,28704,28705,28706,28707,28708"]