Honda Vietnam lancar Winner X (RS150R) - lengkap dengan ABS, harga dari RM8,174

oleh Mohamad Hanif|
Sementara itu di Vietnam, Honda Vietnam Company akhirnya melancarkan motosikal kapcai Winner X, atau lebih dikenali dengan nama RS150R seteru utama Ysuku di Malaysia ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiada sebarang spesifikasi lanjutan didedahkan ketika pelancaran, namun model terlaris itu dijangka bakal mengekalkan nadi 149 cc DOHC sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api dan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Kuasa dan daya kilas juga diramalkan tidak berubah, iaitu 15.4 hp pada 9,000 rpm dan tork maksimum 13.5 Nm @ 6,500 rpm. 


Model yang bakal dijual bermula 16 Julai ini menerima banyak penambahbaikan di mana lampu utama kini dialihkan ke posisi yang lebih rendah dan didatangkan dengan jenis LED. 

Susunan dan rekaan lampu belakang juga kini menyerupai motosikal besar di dalam keluarga Honda, manakala sistem ekzos pula lebih pendek. 

Antara ciri menarik termasuklah sistem brek ABS untuk roda hadapan, pertama kali diperkenalkan di dalam segmen kapcai di Vietnam. 
 


Namun, Honda Vietnam juga turut menawarkan motosikal non-ABS di mana sistem ABS tersebut digantikan dengan sistem brek gabungan (combined brake system, CBS). 

Ciri CBS ini akan mengaktifkan brek hadapan dan brek belakang mengikut turutan sekiranya berlaku kecemasan. 

Bagi menjadikan motosikal ini lebih moden, panel paparan meter juga kini menggunakan unit LCD yang dipinjam daripada CB150R, berfungsi memaparkan bacaan maklumat semasa seperti kelajuan, posisi gear, odometer, dan tahap bahan api. 
 


Harga jualan Honda Winner X di Vietnam pula bermula dari 45.99 juta Dong (RM8,147) untuk versi CBS, manakala versi ABS pula dijual pada harga 48.99 juta Dong (RM8,708) dan 49.9 juta Dong (RM8,869) untuk versi warna hitam mati.