Honda VEZEL TOURING Modulo X, 1.5L VTEC Turbo!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda HR-V adalah sebuah SUV kompak yang berjaya. Sejak Januari hingga Disember 2019, jualan HR-V di pasaran tempatan sudah pun mencecah 14,800 unit.

Kedudukan itu berjaya mengekalkan kedudukan HR-V sebagai SUV kompak paling laris dengan pegangan pasaran sebanyak 79 peratus.

HR-V di pasaran jepun dikenali sebagai VEZEL dan strategi dua nama itu adalah praktis biasa buat Honda sama seperti Jazz yang dinamakan Fit.

Istimewa untuk pasaran Jepun apabila Honda memperkenalkan dua varian sporti iaitu VEZEL TOURING Modulo X dan VEZEL HYBRID Modulo X pada penghujung November 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda VEZEL TOURING Modulo X

Di pasaran lain, varian sporti HR-V dinamakan HR-V RS dan dari spesifikasi yang didedahkan ternyata VEZEL Touring Modulo lebih istimewa.

Paling menyerlah pada VEZEL TOURING Modulo X ialah bampar aero berbentuk X dengan gril hitam dan lampu kabus LED.

Roda aloi juga berbeza rekaan dengan varian pacuan depan menggunakan saiz 18 inci manakala varian 4WD berukuran 17 inci. 

Memasuki ke ruang dalam, pemandu dan penumpang sisi disambut kerusi sport dengan fungsi pemanas yang mempunyai bentuk berbeza berbanding HR-V biasa.

 

Honda VEZEL TOURING Modulo X

 

Ini adalah kali pertama kerusi sport dipasang untuk siri Modulo X. Selain bentuk sporti, kerusi itu mampu mengurangkan keletihan pemandu dan penumpang semasa perjalanan jauh. 

Selain pakej aerodinamik dan kerusi sport, varian istimewa ini turut menerima suspensi khas. Kombinasi komponen aerodinamik dan suspensi khas menjadikan VEZEL ini lebih stabil di laluan lurus dan selekoh.

Satu lagi keistimewaan VEZEL berbanding HR-V ialah tawaran enjin 1.5L VTEC Turbo. Enjin itu dipadan dengan transmisi CVT dan pacuan depan (FF).

Honda VEZEL TOURING Modulo X

Berikut ialah harga dan varian Honda VEZEL TOURING Modulo X:

TOURING Modulo X Honda SENSING

  • 1.5L VTEC TURBO, CVT, FF
  • JPY3,528,800 (RM133,233)

HYBRID Modulo X Honda SENSING

  • 1.5L DOHC i-VTEC i-DCD (7 kelajuan), FF
  • JPY3,467,200 (RM130,907)

HYBRID Modulo X Honda SENSING

  • 1.5L DOHC i-VTEC i-DCD (7 kelajuan), 4WD
  • JPY3,617,900 (RM136,597)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda