Ia dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 157 cc dengan teknologi eSP+ (enhanced Smart Power Plus) menghasilkan 15.15 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm.
Ia direka untuk penjimatan bahan api dan kelancaran tunggangan tanpa berkompromi aspek prestasi.
Selain itu, Vario 160 menggunakan kerangka enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang lebih ringan dan lebih tahan lasak, menyumbang kepada pengendalian yang lebih lincah untuk tunggangan seharian.
Vario 160 2023 mendapat kelengkapan seperti lampu LED penuh depan dan belakang, lampu nyalaan siang DRL LED, panel meter digital, sistem kunci pintar, slot pengecasan USB, serta ruang storan sebesar 18 liter.
Kedua-dua roda didatangkan dengan rim bersaiz 14 inci (saiz tayar 100/80-14 depan, 120/70-14 belakang), dibantu dengan sistem brek anti kunci (ABS) saluran tunggal).
Terdapat empat warna yang boleh dipilih seperti Vivacity Red, Pear Nightfall Blue, Sword Silver Metallic dan Mat Charcoal Grey Metallic.
Harga jualan bermula dari RM9,998 manakala Vario 160 dengan warna Mat Charcoal Grey Metallic dijual pada harga RM10,298.