Honda Vario 160 2023 kini tersedia dalam Edisi Repsol, 2 ribu unit, RM10,498

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan ketibaan model skuter Honda Varion 160 Edisi Repsol untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Ditawarkan dalam 2,000 unit sahaja, skuter 160 cc edisi terhad ini boleh didapati di semua pengedar sah Honda yang terpilih bermula 20 Julai 2023, dengan harga jualan bermula dari RM10,498 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
 

vario


Honda Vario 160 dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 157 cc empat injap dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP+).

Ia mampu menghasilkan kuasa 15.15 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm, dengan penjimatan bahan api yang lebih baik.
 

vario


Vario 160 2023 mendapat kelengkapan seperti lampu LED penuh depan dan belakang, lampu nyalaan siang DRL LED, panel meter digital, sistem kunci pintar, slot pengecasan USB, serta ruang storan sebesar 18 liter.

 

HONDA VARIO 160 EDISI REPSOL