Honda Vario 160 2022 dilancarkan di Indonesia - penampilan macam ADV!

oleh Mohamad Hanif|
Astra Honda Motor baru-baru ini melancarkan skuter generasi baharu Honda Vario 160 2022 untuk pasaran Indonesia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti yang anda lihat, penampilan Vario kini jauh lebih agresif dengan meminjam sebahagian daripada elemen 'adiknya' ADV 150, seperti lampu depan berkembar, lampu nyalaan siang DRL LED, serta penggayaan yang lebih ranggi.
 

Vario


Tidak seperti Vario 150 yang terdahulu, Vario 160 2022 didatangkan dengan enjin bersesaran lebih besar yang mampu menjana kuasa setinggi 15.2 hp @ 8,500 rpm, daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm, serta bacaan penggunaan bahan api 46.9 km untuk setiap liter.

Kuasa pemberhentian skuter ini terdiri daripada brek cakera depan dan belakang, dibantu dengan sistem brek kombinasi (CBS) atau ABS untuk varian yang lebih tinggi.
 

Vario


Selain daripada itu, antara ciri menarik yang dibawakan termasuklah skrin paparan digital penuh, kunci pintar, serta slot pengecasan USB untuk peranti pintar.

Di Indonesia, Vario 160 2022 dijual pada harga bermula dari Rp 25,800,00 (RM7,530) untuk versi CBS, sehingga Rp 28,500,000 (RM8,318) untuk versi ABS.
 

Vario


Sumber: TMCblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui pembelian Honda Vario 160 atau Vario 125 sepanjang tempoh kempen, pelanggan bertuah…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan dalam 2,000 unit sahaja, skuter 160 cc edisi terhad ini boleh didapati di semua pengedar…
Berita Domestik
Pakej Merdeka itu kini disertai oleh dua lagi model skuternya, dimana harga tunai ditawarkan…