Honda Urban EV sedang diuji - versi lima pintu bakal memasuki produksi

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun lalu, Honda telah mengumumkan mereka bakal memulakan fasa produksi kereta elektrik berdasarkan kereta konsep Urban EV - yang diinspirasikan daripada Honda Civic generasi pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika model konsep digambarkan sebagai sebuah hatchback tiga pintu, versi produksi yang dikesan sedang menjalani fasa pengujian di jalan raya itu dilihat mempunyai tambahan dua buah pintu di bahagian belakang, menjadikan ia sebuah hatchback lima pintu. 


Walaupun kereta ujian tersebut penuh dengan pelekat penyamaran, bentuk asas kereta Urban EV tersebut masih lagi dikekalkan, termasuklah bentuk lampu utama depan dan belakang jenis LED dan juga garisan luar yang signifikan daripada kereta konsep itu.

Manakala bahagian sisi pula menampilkan rekaan 'kamera sisi' pada kedua-dua belah kenderaan menggantikan peranan cermin sisi fizikal yang ada pada kebanyakan kenderaan - sama seperti konsep Audi e-tron. 

Menurut laporan daripada Autoblog, versi produksi Urban EV ini bakal diperkenalkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show Mac 2019, sebelum memulakan fasa produksi menjelang pertengahan tahun yang sama. 

Tempahan pula boleh dilakukan bermula awal 2019 untuk pasaran Eropah terlebih dahulu.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Global
Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah untuk merakamkan gambar Volkswagen Golf 2020 (…
Berita Global
Kita sudah pun melihat dengan lebih dekat bagaimana Toyota HiAce generasi baharu bakal mengambil…