Honda umum kemas kini kelengkapan keselamatan Honda Sensing 360

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini mengumumkan kemaskini terhadap teknologi bantuan pemandu termaju yang dinamakan sebagai Honda Sensing 360.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Honda, kelengkapan keselamatan terbaharu ini menjanjikan perubahan yang besar selain menjadikan sistem keselamatan aktif yang lebih menyeluruh.

Antara penambahbaikan yang dibuat terhadap Honda Sensing 360 termasuklah gugusan penderia baharu yang 'mampu melihat' dalam setiap arah.
 

HS360


Selain daripada sistem kamera yang telah pun wujud pada teknologi terdahulu, Honda juga turut menambah sehingga lima unit penderia radar gelombang milimeter yang mampu memberikan pandangan sehingga 360 darjah.

Ia dikatakan mampu menjadikan ciri seperti sistem brek mitigasi pelanggaran atau amaran lintasan trafik hadapan bertindak dengan lebih berkesan disebabkan sudut pengesanan yang lebih meluas.

Selain daripada itu, Honda Sensing 360 juga mampu membenarkan kenderaan yang menggunakan kawalan jelajah adaptif untuk menukar laluan secara automatik di atas lebuh raya dengan hanya menggunakan tuil isyarat membelok.
 

Honda


Penambahan gugusan penderia yang disebutkan itu tadi juga mampu memberikan manfaat kepada sistem kawalan jelajah adaptif, di mana sistem akan melaraskan kelajuan secara automatik ketika mengesan kehadiran selekoh, sekaligus menjadikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa kepada penumpang.

Honda Sensing 360 akan membuat kemunculan rasmi pada tahun 2022 dimulakan dengan pasaran China terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada semua model kenderaan menjelang tahun 2030.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi luaran, versi facelift 2023 itu didatangkan dengan sedikit perubahan, pada bahagian depan…
Model Terbaharu
Berbanding generasi terdahulu, HR-V generasi baharu kini didatangkan dengan penampilan yang lebih…
Model Terbaharu
Sama seperti sedan City V-SENSING yang dilancarkan sebelum ini, City Hatchback V-SENSING turut…