Honda, Toyota bangunkan sistem penjanaan tenaga mudah alih untuk kegunaan kecemasan

oleh Mohamad Hanif|
Dua gergasi automotif Jepun Honda dan Toyota bergabung tenaga bagi membangunkan sebuah sistem penjanaan tenaga mudah alih yang dikhususkan untuk menangani situasi bencana alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sistem penjanaan tersebut terdiri daripada sebuah bas berkuasa sel bahan api yang mampu membawa muatan hidrogen bertekanan tinggi, peranti output kuasa serta pek bateri mudah alih.

Inisatif yang dinamakan sebagai 'Moving e' ini mampu menyalurkan tenaga elektrik pada bila-bila masa di mana jua, terutama di tempat yang keputusan bekalan akibat bencana alam.

 


Bas Moving e ini dibangunkan berdasarkan Toyota FC Bus yang dilengkapi tangki bahan api hidrogen bertekanan tinggi dan mampu menjana kuasa setinggi 454 kWh dengan output maksimum 18 kW.

Bas tersebut bukan sahaja mampu menjadi stesen penjanaan kuasa, malah ia boleh menyediakan ruang rehat serta mod pengangkutan untuk membawa keluar mangsa dari kawasan yang ditimpa bencana.  

Manakala Honda pula menyumbang peranti output kuasa Power Exporter 9000 mudah alih, bateri mudah alih Lib-AID E500 dan Honda Mobile Power Pack.

 


Kedua-dua pengeluar tersebut percaya sistem Moving e ini mampu memberikan khidmat lebih daripada sekadar menyalurkan bantuan tenaga di dalam situasi kecemasan.

Namun, tahap keberkesanan sistem ini perlu diuji terlebih dahulu sebelum ia dibawa keluar dan digunakan dalam dunia sebenar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…