Honda tolak permohonan Dyson untuk guna fasiliti Swindon, UK

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hasrat Dyson untuk menggunakan fasiliti produksi Honda di Swindon, UK untuk pemasangan kereta elektriknya nampaknya tidak kesampaian apabila Honda menolak permohonan yang dikemukakan oleh Sir James Dyson. 

Hal ini dilaporkan oleh The Daily Mail yang baru-baru ini menerbitkan surat yang dihantar oleh Dyson kepada ahli parlimen tempatan di Wiltshire yang mendedahkan hasrat Dyson untuk menggunakan kilang Honda itu. 

"Perkara yang paling menjengkelkan ialah, 12 bulan yang lalu kami turun sendiri ke Honda Swindon, dan kami mahu menggunakan bahagian (kilang) yang tidak pernah digunakan oleh Honda namun mereka menolaknya," menurut surat itu. 

Namun, Honda tampil dengan penjelasan yang berbeza dan di dalam satu kenyataan, mereka menjelaskan, "Kami sedar akan kewujudan surat yang diutuskan oleh Dyson kepada MP James Gray, di mana kebanyakan kandungan surat tersebut sebenarnya adalah salah dari segi fakta!"
 


Honda sebelum ini diberitakan bakal menutup fasiliti pemasangannya di Swindon, UK pada 2021 dan bakal menjejaskan kira-kira 3,500 orang pekerja tempatan. 

Dyson melihat keadaan ini sebagai satu peluang, memandangkan pengeluar penyedut hampagas itu telah pun mengumumkan penghasilan kereta elektrik pertamanya di ibu pejabat terbaharunya di Singapura sebelum ini. 

Namun, Dyson masih lagi mempunyai fasiliti kejuruteraan tersendiri yang terletak di Hullavington, Wiltshire.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Keputusan untuk menutup kilang ini telah dibuat pada Februari 2019 sebagai satu respon terhadap…
Berita Global
Tidak dapat dinafikan, Honda Civic Type R FK8 merupakan antara produk pantas Honda yang berjaya…