Honda teruskan usaha ganti inflator beg udara Takata yang terjejas

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menekankan kepentingan penggantian inflator beg udara yang terjejas kepada para pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini menunjukkan komitmen Honda yang tinggi bagi memastikan keselamatan para pelanggannya sentiasa berada di tahap tertinggi menerusi kempen kesedaran serta pengumuman panggilan balik model kereta yang terjejas.


Penggantian inflator beg udara Takata adalah percuma sepenuhnya dan segala kos penggantian akan ditanggung oleh pihak Honda Malaysia. 

Honda kini mengumumkan keterdapatan stok inflator beg udara yang mencukupi 100% untuk keperluan beg udara pemandu serta penumpang, dan para pengguna boleh memeriksa kenderaan mereka dengan melayari laman web www.productrecall.honda.com.my atau menerusi 1-800-88-2020.

Proses penukaran boleh dibuat di kesemua 92 cawangan pengedar Honda yang bertauliah (temujanji perlu dibuat) serta mana-mana Mobile Hub di pusat membeli belah dan stesen Petronas yang terpilih. 
 


Selain daripada itu, Honda juga turut berbesar hati meluaskan penawaran penukaran inflator beg udara kepada kenderaan Honda yang diimport dan tidak dijual secara rasmi oleh Honda Malaysia. 

Para pemilik kenderaan import Honda adalah dinasihatkan supaya menghubungi pengedar Honda yang disahkan untuk memeriksa status kenderaan mereka sebelum membuat temujanji. 

Seperti kenderaan lain, kos penukaran untuk kereta import jenama Honda akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. 
 


Sehingga 2 Julai 2018, Honda Malaysia telah menyiapkan penukaran lebih 228,000 unit inflator beg udara Takata sebelah pemandu dengan peratusan dicatatkan sebanyak 87% sudah digantikan. 

Jumlah keseluruhan penukaran beg udara pemandu dan penumpang hadapan yang sudah dilakukan kini mencecah 465,000 unit atau 79% sudah berjaya dilaksanakan. 

Untuk model terkini yang berada di pasaran, Honda Malaysia menyatakan bahawa unit beg udara yang terpasang adalah berbeza dan tidak menggunakan unit beg udara yang dibekalkan oleh Takata. 

 


Lokasi Mobile Hubs untuk penukaran inflator beg udara. Klik untuk gambar yang lebih besar.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…