Honda terbang tinggi, pertonton sebuah lagi pesawat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
HondaJet 2600 Concept
HondaJet 2600 Concept
Jepun bukan nama baharu di dalam bidang pembuatan pesawat sebagai contoh Mitsubishi dan Kawasaki mengeluarkan pesawat semasa Perang Dunia Kedua.

Pada masa sekarang, satu daripada syarikat yang membawa nama Jepun tinggi di udara ialah Honda Aircraft Company melalui pesawat HondaJet HA-420.

Ini bermakna Honda mengeluarkan produk dari sekecil robot mesin rumput Miimo sehingga ke pesawat eksekutif.

Pesawat HA-420 mula dikeluarkan pada Disember 2015 dan pada 13 Oktober lalu Honda Aircraft memperkenalkan sebuah lagi pesawat iaitu HondaJet 2600 Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
HondaJet 2600 Concept

 

Pesawat mockup itu dibawa ke Pameran dan Konvensyen Penerbangan Perniagaan NBAA 2021 (NBAA-BACE) di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Honda Aircraft mahu mendapatkan maklum balas pelanggan dan mengesahkan permintaan pasaran.

Di antara ciri menarik seperti kedudukan enjin di atas sayap (Over-The-Wing Engine Mount / OTWEM) dan teknologi Natural Laminar Flow (NLF) pada sayap.

Selain itu, fiuslaj pesawat buat dari komposit gentian.

 

HondaJet Elite
HondaJet Elite

 

HondaJet 2600 Concept juga jet ringan pertama di dunia yang mampu terbang tanpa henti di antara benua merentasi Amerika Syarikat.

Pesawat ini mempunyai kabin yang senyap dan luas untuk penerbangan jarak jauh dan mampu memuatkan sehingga 11 penumpang selain penjimatan bahan bakar.

Pesawat HondaJet Elite di pasaran sekarang mampu membawa sehingga lapan penumpang termasuk kru.

Jarak penerbangan pesawat pertama dari Honda itu ialah 2,661 km (NBAA, IFR dengan empat penumpang).

 

HondaJet Elite
HondaJet Elite

 

Berikut ialah maklumat tentang HondaJet 2600 Concept:

  • Jarak penerbangan 4,861.5 km (2,625 batu nautika).
  • Jet ringan pertama di dunia yang mampu terbang merentasi benua Amerika Syarikat tanpa henti.
  • Kelajuan 450 knot (833 km/j) dan had ketinggian 47,000 tinggi.
  • Rekaan dengan tiga jenis bentuk modular dan dalaman mengikut citarasa pelanggan. 
  • Jet antara benua pertama yang direka untuk pengendalian juruterbang tunggal. 
  • Fungsi pendikit dan brek automatik.
  • Pelepasan emisi sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding jet ringan biasa.
  • Kecekapan bahan bakar sehingga 40 peratus lebih baik berbanding jet saiz sederhana (penerbangan biasa).

Penawaran secara rasmi mungkin memakan masa beberapa tahun memandangkan pesawat ini berada dalam peringkat konsep dan pengumpulan maklum balas pasaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

HondaJet Elite S
HondaJet Elite S

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…