Honda tawar rebat khas 1 Million Dreams Campaign untuk BR-V, City baharu!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Honda 1 Million Dreams Campaign yang dilancarkan oleh Honda baru-baru ini, Honda Malaysia mengumumkan penawaran rebat tunai sehingga RM5,000 untuk Honda City baharu dan Honda BR-V.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rebat khas ini merupakan ganjaran tambahan kepada promosi Honda 1 Million Dreams March Special yang menawarkan rebat tunai, baucar servis dan baucer alat ganti bernilai sehingga RM5,000 kepada mana-mana pembeli yang mendaftarkan Honda City 2021 dan Honda BR-V bermula 16 Mac sehingga 31 Mac 2021.

Tidak ketinggalan, para pelanggan Honda juga diseru untuk tidak melepaskan peluang membawa pulang tujuh model edisi khas menerusi kempen 1 Million Dreams yang berlangsung sehingga 24 Mac ini.

Acara kemuncak akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di mana Honda Malaysia menjemput para pelanggan dan rakyat Malaysia untuk menyertai 1 Million Dreams Grand Finale pada 27 dan 28 Mac ini, bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik telah pun disusun untuk dinikmati, dan Honda Malaysia juga turut memastikan ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memastikan kesihatan dan keselamatan para pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.honda.com.my/1milliondreams/entry atau berkunjung ke mana-mana cawangan pengedar rasmi Honda di seluruh negara, atau talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.