Honda tamatkan riwayat NSX di Australia

oleh Mohamad Hanif|
Di sebalik kepopularitian Honda Civic Type R Limited Edition 2021 di Australia, nasib yang sama nampaknya tidak begitu memihak kepada sebuah lagi model berprestasi tinggi, Honda NSX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun hadir dengan teknologi hibrid iaitu enjin V6 tubo 3.5 liter dan tiga motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 573 kuasa kuda dan 645 Nm serta pelbagai teknologi menarik, ia bukanlah supercar untuk golongan kebanyakan.

 


Apatah lagi kadar jualan Honda NSX di Australia amat menyedihkan, sifar unit terjual untuk tahun ini manakala tahun 2019 hanya sekadar tiga unit sahaja.

Angka jualan yang rendah membawa maksud Honda NSX tidak akan lagi ditawarkan untuk tahun-tahun berikutnya.

 

It's been a long day without you, my friend


Malah, jika anda menyemak laman web rasmi Honda Australia, segala informasi berkenaan Honda NSX telah pun dibuang beberapa minggu yang lalu, dan tempahan untuk model tersebut telah pun ditutup, menurut wakil Honda Australia.

Bukan sahaja Honda NSX, malah beberapa model Honda lain turut terkesan seperti contoh Jazz dan City bakal dihentikan penjualannya untuk tahun hadapan sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula strategi perniagaan.

Sumber: Car Expert

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…
Berita Global
Kali ini, projek NSX bertrailer tersebut direalisasikan sendiri oleh Honda, di mana jentera 'satu…
Berita Global
Unit terakhir itu merupakan sebuah NSX Type S yang diperkenalkan pada tahun lalu, dan angka…