Honda tamatkan penjualan model Fit, Civic Coupe, Accord manual di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala kita masih lagi mempersoalkan kenapa sesetengah model-model yang best tidak memasuki pasaran Malaysia, model-model yang dimaksudkan itu sebenarnya menghadapi nasib malang di pasaran tertentu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Amerika Syarikat, Honda membuat keputusan untuk menamatkan hayat model Honda Fit (Jazz), Honda Civic Coupe dan Honda Accord yang dilengkapi dengan transmisi manual,

Keputusan untuk menghentikan penjualan Honda Fit adalah bertujuan untuk memberikan laluan kepada model-model yang lebih laris seperti Honda HR-V dan Honda Civic Hatchback yang menawarkan prestasi dan praktikaliti yang lebih baik.

Malah, pemergian Fit dari pasaran Amerika adalah bersifat kekal di mana Honda telah pun mengumumkan untuk tidak membawa masuk generasi baharu Honda Fit yang diperkenalkan di Jepun pada tahun 2019.

 


Sementara Honda Civic Coupe pula mengalami kesan penurunan jualan dan memaksa Honda untuk menghentikan penawaran model dua pintu itu, di mana menurut Honda model versi Hatchback adalah jauh lebih popular merangkumi 24 peratus daripada jumlah jualan Civic semenjak 2016.

Bagi model Accord, Honda telah pun menamatkan produksi model yang dilengkapi dengan transmisi manual pada Disember tahun lalu, ini kerana hanya 1 hingga 2 peratus sahaja pembeli yang mendapatkan model tiga pedal itu.

Namun menurut laporan Automotive News, terdapat bekalan yang mencukupi untuk model Accord yang dilengkapi transmisi manual untuk tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika di pasaran luar Honda menggunakan nama Black Edition, di Jepun pengguna ditawarkan BLACK…
Berita Global
  Aksesori yang ditawarkan tidak begitu ketara hingga mengubah terus Fit e:HEV RS dan hanya…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…