Honda Super Cub C125 2023, warna Pearl Cadet Gray serlah aura klasik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Super Cub C125 Pearl Cadet Gray
Honda Super Cub C125 Pearl Cadet Gray
Melihat Honda Cub lama yang dibaik pulih mampu mengukir satu senyuman seolah-olah kenangan di kampung dan bersama ahli keluarga dibangkitkan semula.

Honda Cub mungkin satu-satunya kenderaan milik keluarga pada masa lalu dan menyimpan seribu satu kenangan.

Honda pula seperti ada satu pegangan untuk sentiasa mengeluarkan Cub dan masih teguh dengan reka bentuk model asal.

Terbaru Honda menawarkan Super Cub C125 untuk pasaran Jepun dalam warna baharu Pearl Cadet Gray.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Honda Super Cub C125 Pearl Cadet Gray

 

Jika ada yang terpesona dengan warna Nardo Grey, ketahuilah bahawa puluhan tahun dulu Honda telah menggunakan warna kelabu untuk 'Honda Samah'.

Warna Pearl Cadet Gray baharu ini pula seperti membangkitkan semula identiti tersebut dan nampak begitu sepadan dengan Super Cub C125.

Satu lagi warna ialah Matte Axis Gray Metallic dan secara keseluruhannya ada tiga pilihan termasuk warna sedia ada Pearl Nebula Red.

Dari segi rekaan, model ini membawa gayaan Super Cub C100 yang merupakan model pertama di dalam siri Super Cub. 

Pereka Honda berjaya mengolah semula rekaan klasik tersebut dengan penuh gaya dan sentuhan moden.

 

Honda Super Cub C125 Matte Axis Gray Metallic 2023

 

Jika Volkswagen dan MINI terkenal dengan Beetle dan Cooper, Super Cub pula merupakan khazanah dunia permotoran Jepun.

Super Cub C125 kekal digerakkan enjin JA58E 123 cc OHC yang menghasilkan 9.8 ps dan tork 10Nm dan dibekalkan tangki petrol 3.7 liter.

Motosikal ini moden dan canggih dengan pancitan bahan api PGM-FI, Honda SMART Key, lampu LED, brek cakera dan sistem ABS.

Bagaimana dengan harga? Diimport dari Thailand, Super Cub C125 dijual pada harga 440,000 yen (RM14,550.23).

Penulis: Muhammad Md Tajudin