Honda Sports EV Concept ditampilkan di Tokyo Motor Show 2017

oleh DIANA ISMADI|
Honda hari ini telah menampilkan satu lagi kereta elektrik masa hadapan di Tokyo Motorshow 2017, Honda Sports EV Concept!

Dibangunkan diatas platform yang sama seperti Urban EV Concept, inilah kereta sport dengan rekabentuk model EV masa hadapan yang sangat kemas dan sofistikated. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jentera ini datang dengan konsep "coupe" dua pintu yang dikuasakan oleh elektrik sepenuhnya serta dipadankan dengan teknologi AI (artificial intelligence). Rekabentuk yang ditampilkan adalah lebih rendah dan lebar, yang memberikannya kedudukan maskulin dan sporti.Bumbung kaca pada jentera ini pula menyerikan lagi rupa ia sebagai sebuah jentera sport EV. 

 

Hobda Sports EV

 

Nampaknya Honda kini komited untuk menghasilkan jentera elektrik. Walaubagaimanapun, CEO Honda, Takahiro Hachigo tidak memberi sebarang informasi mengenai produksi model konsep ini. 

 

Honda Sports EV

 

Selain dari Sports EV Concept, Honda turut menampilkan Honda NeuV dan Honda Urban EV. Menurut Hachigo, Honda Urban EV ini bakal dipasarkan di Eropah dan seterusnya di Jepun pada tahun 2020. 

 

Urban EV

 

Ruang dalaman Honda Urban EV boleh memuatkan empat penumpang termasuk pemandu manakala skrin yang lebar tersebut hanyalah konsep yang ditampilkan.

 

Urban EV


"Seperti yang kami tampilkan buat anda hari ini, Honda akan sentiasa bekerja keras, mengkaji dan membangunkan teknologi baharu untuk membantu pengguna merasai keseronokkan memandu. Honda juga akan terus menawarkan produk yang bakal melangkaui jangkaan pelanggan" kata Hachigo. 

 

Urban EV

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada laman automotif Jepun Car Sensor, kelibat prototaip Sports EV itu dilihat…