Honda Sound Sitter - bantal bayi dengan bunyi deruman enjin terbina dalam

oleh Mohamad Hanif|
"Kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya". Mungkin inilah apa yang Honda cuba bawakan menerusi produk Sound Sitter yang dikhususkan kepada kanak-kanak dan bayi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan material bahan yang lembut seperti bantal, Honda menyusup masuk sebuah sistem bunyi yang mampu memainkan irama deruman enjin yang ikonik seperti Honda 1300 Sedan 1969, Honda Integra, Honda S2000 dan juga Honda NSX. 

Menurut kajian daripada Honda, ketika bayi masih berada di dalam kandungan, mereka mampu mendengar bunyi berfrekuensi rendah sekitar 250 Hz yang merangkumi bunyi degupan jantung ibu serta aliran darah. 
 


Menggunakan ilmu tersebut, Honda telah menguji dan merakam beberapa bunyi enjin daripada 37 buah kereta seperti:

1. Civic (1993) 
2. NSX-R (2002) 
3. CITY (1982) 
4. Integra Type R (2001) 
5. Accord Euro-R (2000) 
6. HONDA Prelude (1984) 
7. CIVIC (1987) 
8. S800 (1966) 
9. Honda NSX (2001) 
10. Z (1998) 
11. INSIGHT (1999) 
12. S600 (1964) 
13. FCX Clarity (2008) 
14. INTEGRA TYPE R (1995) 
15. TN-V (1974) 
16. S500 (1964) 
17. Life (1974) 
18. PRELUDE (1978)
19. BALLADE SPORTS CR-X (1983) 
20. CIVIC TYPE R (2007) 
21. T360 (1965) 
22. today (1985) 
23. SPORTS 360 (1962) 
24. NSX (2018) 
25. ACCORD INSPIRE (1989) 
26. INTEGRA (1986) 
27. CIVIC (1972) 
28. CR-V (1995) 
29. S2000 (1999) 
30. CR-X (1987) 
31. PRELUDE (1987) 
32. ODYSSEY (1994) 
33. CIVIC TYPE R EURO (2009) 
34. 1300 Coupe 9 (1970) 
35. N360 (1967) 
36. Vamos HONDA (1970) 
37. CR-X del Sol (1992)

Daripada 37 buah contoh bunyi yang diuji, mereka mendapati Honda NSX hampir menyamai frekuensi bunyi yang didengari oleh bayi ketika di dalam kandungan.

Maaf kepada mereka yang mahukan bunyi dari Honda Civic EG yang bernada tinggi itu. 


 


Berdasarkan video yang diterbitkan, Honda telah menguji produk bantal berspeaker itu dan ia boleh dikawal menerusi key fob atau aplikasi mudah alih yang dipegang oleh ibu bapa.

Mungkin produk ini boleh menjadi alternatif kepada telefon pintar yang kini menjadi kebiasaan di kalangan ibu bapa dalam usaha untuk memastikan anak mereka sentiasa senyap dan tidak meragam. 

Paling kurang, mereka mungkin bakal menjadi seorang petrolhead suatu hari nanti, siapa sangka bukan?

Namun, menurut Honda, mereka tidak merancang untuk memproduksikan Honda Sound Sitter ini secara besar-besaran dalam masa terdekat.