Honda siar gambar acah model SUV baharu untuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi akaun media sosial Twitter, Honda India telah menyiarkan sekeping gambar tunggal yang menandakan kehadiran sebuah SUV baharu untuk pasaran tersebut.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menurut Honda, SUV serba baharu itu direka oleh divisyen R&D Asia Pasifik bagi memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan di India.

Gambar tersebut menampilkan lakaran kasar di mana unit lampu LED serta struktur jeriji hadapan dilihat menyamai apa yang terdapa pada Honda HR-V spesifikasi Eropah dan Jepun.

Selain daripada itu, ia membawakan rekaan yang unik untuk model yang tidak bernama ini, seperti lampu kabus, arka roda yang agresif, garis bumbung dan bahu yang lebih berisi.

 


SUV kompak Honda ini bakal bersaing dengan model SUV lain seperti Hyundai Creta, Kia Seltos, Suzuki Grand Vitara, Toyota Hyryder, Skoda Kushaq dan Volkswagen Taigun.

Menurut laporan media tempatan, SUV ini mungkin sekali hadir dengan penawaran enjin aspirasi natural 1.5 liter, serta pilihan trenkuasa hibrid e:HEV seperti yang terdapat pada model City.

Tidak dapat dipastikan sama ada model SUV ini bakal menggunapakai nama baharu, atau mengitar semula plet nama yang wujud di dalam portfolio SUV Honda sedia ada.

Yang pasti, SUV baharu ini akan muncul secara rasmi pada musim panas tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  CL250 menggunakan rangka berlian dan nampak sedikit pelik pada bahagian tangki. Biasanya…
Berita Global
Dibangun menggunakan platform yang sama digunakan oleh Hornet, Honda XL750 Transalp ini turut…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…