Honda sedang uji Civic Type R generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Dalam diam, Honda rupanya sedang menguji prestasi model hot hatch generasi baharu Honda Civic Type R, di mana kelibat model tersebut dikesan di atas jalan raya di Jerman, berdekatan Litar Nurburgring.

Dengan kehadiran kelibat model Civic Type R ini, berkemungkinan besar Honda merancang pengenalannya pada tahun 2021 sebelum penjualan bermula pada tahun berikutnya.

 


Pesaing rapat kepada Renault Megane RS ini sememangnya penuh dengan pelekat samaran bagi melindungi sebarang butiran daripada terbocor, namun berdasarkan pengamatan, ia tidak membawakan perubahan yang ketara berbanding bentuk asal Honda Civic Type R serupa reka bentuk Gundam itu.

Secara keseluruhan, ia membawakan garis bumbung yang melandai ke belakang, stance yang lebar serta kehadiran sayap belakang yang hampir serupa.

 


Rekaan lampu depan dan belakang diberikan nafas baharu, serta di bahagian belakang model ini menampakkan saluran ekzos yang kelihatan pelik, namun memberikan bayangan bakal meneruskan tetapan ekzos tengah seperti mana yang dibawakan pada Civic Type R FK8.

Antara perubahan lain yang dibawakan termasuklah garis bahu yang lebih rendah serta kedudukan lampu utama yang lebih rendah.

 


Sementara itu di ruang kabin, boleh dilihat Honda menerapkan penggunaan rekaan roda stereng yang berbeza serta sistem infotainmen menegak yang bertenggek di atas papan pemuka.

Menyentuh soal trenkuasa, Honda Civic Type R berkemungkinan besar akan menampilkan enjin hibrid yang merupakan sebahagian daripada pelan elektrifikasi model-model Honda menjelang 2025.

 


Namun apa yang pasti, Honda Civic Type R generasi baharu tidak lagi akan dibina di Swindon, Uk memandangkan kilang tersebut bakal ditutup menjelang tahun 2021.

Sumber: Autocar UK

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik bagi mereka yang mahu meningkatkan imej luaran serta pengendalian Honda Civic Type R,…
Berita Global
Dengan pengenalan Honda Civic Type R Limited Edition yang telah dikemaskini, Honda nampaknya bakal…
Berita Global
Kelibat model hot hatch generasi baharu itu dikesan di sebatang jalan berdekatan dengan Litar…