Menurut laporan daripada laman automotif Jepun Car Sensor, kelibat prototaip Sports EV itu dilihat sedang berlegar di sekitar ibu pejabat Honda di Aoyama di mana pembangunan kereta sports tersebut disifatkan berjalan lancar.
Berdasarkan model konsep yang dipamerkan pada tahun 2017 itu, Honda Sports EV merupakan sebuah coupe dua tempat duduk dengan dimensi sepanjang 3,950 mm, lebar 1,780 mm dan tinggi 1,450 mm.
Difahamkan, pembangunan Honda Sports EV ini bakal menggunakan asas daripada platform hatchback elektrik Honda e sedia ada, di mana EV tersebut mempunyai kuasa setinggi 154 PS dan pek bateri 35.5 kWh yang membenarkan jarak pergerakan sejauh 220 km.
Namun, kemungkinan besar model produksi bakal memiliki dimensi yang dipendekkan untuk dimuatkan ke dalam kategori kei car.
Sumber: Car Sensor