Honda sedang bangunkan CBR300RR?

oleh Mohamad Hanif|
Pengenalan model Honda CBR250RR pada tahun 2017 sedikit sebanyak memberikan kesan kepada para peminat kelajuan, namun ia hanya terhad kepada beberapa pasaran, seperti Jepun, Thailand, Hong Kong dan juga Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelibat motosikal suku liter berprestasi tinggi yang dilancarkan di negara jiran sedikit sebanyak memberikan kesan kepada para peminat model tersebut di Malaysia. 

Muncul pula satu berita baharu yang dilaporkan oleh MotoSaigon apabila Honda dikatakan akan menghasilkan sebuah lagi motosikal baharu CBR300RR menjelang akhir 2019.
 


Honda CBR300RR dikatakan akan menggunakan asas daripada model Honda CBR250RR, termasuklah enjin bersesaran 249.7 cc itu. 

Tidak diberitakan berapakah kuasa yang bakal diekstrak daripada enjin parallel-twin, namun dalam talaan sedia ada pada CBR250RR berupaya menghasilkan 38.7 PS dan daya kilas 23.3 Nm.

Antara ciri yang bakal dibawakan termasuklah sistem pendikit throttle-by-wire serta tiga mod tunggangan iaitu Comfort, Sport dan juga Sport+.
 


Aspek pengendalian diserahkan kepada fork hadapan upside-down dari Showa, serta sistem suspensi monoshock di belakang yang didatangkan dengan tetapan boleh laras. 

Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi oleh Honda, namun pastinya menarik perhatian umum melihatkan kepada persaingan secara terus dengan Yamaha YZF-R3 serta Kawasaki Ninja 400 di dalam pasaran. 

Buat para peminatnya di Malaysia, usah ditanya bilakah model ini akan memasuki pasaran tempatan, kerana mungkin akan ditimpa nasib yang sama seperti Honda CBR250RR yang kacak itu. 

 


Sumber: MotoSaigon

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…