Honda sahkan pemandu Accord 2002 maut di Amerika Syarikat akibat beg udara Takata

oleh Mohamad Hanif|
Agensi keselamatan Amerika Syarikat, National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) telah mengesahkan satu lagi kes kematian yang berlaku disebabkan oleh peledak beg udara Takata yang bermasalah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Reuters, mangsa dilapor memandu sebuah Honda Accord tahun 2002 dalam kejadian yang berlaku di Bowling Green, Kentucky pada bulan Februari yang lalu.

Di Amerika Syarikat sahaja, sekurang-kurangnya 23 orang maut dan ratusan lagi cedera sejak tahun 2009 - kesemua insiden ini dikaitkan dengan komponen peledak beg udara Takata bermasalah yang mampu meletuskan serpihan logam berbahaya ke dalam kenderaan.

Empat lagi kematian akibat beg udara Takata telah disahkan untuk tahun ini, termasuk dua kenderaan Stellantis dan sebuah kenderaan berjenama Ford.

Lebih menyedihkan, Honda menjelaskan model Accord 2002 yang terlibat dalam kemalangan di Kentucky itu telah dipanggil semula berkali-kali sejak tahun 2011 lagi.

Untuk rekod, lebih daripada 300 cubaan telah dibuat oleh Honda untuk menghubungi pemilik asal yang telah memiliki model sedan tersebut sejak tahun 2008.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…