Honda RS150R 2020 - warna baharu Trico Honda, harga dari RM8,199!

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda membuka tirai tahun 2020 dengan pengenalan rasmi Honda RS150R yang dipertingkat, dan bukannya Honda RS150R V2 seperti khabar angin yang berlegar-legar di laman media sosial beberapa minggu yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara pembaharuan yang dibawakan untuk motosikal RS150R ini termasuklah penampilan fender belakang yang direka semula, serta lampu brek yang lebih runcing. 


 


Imej sporty ini diteruskan lagi dengan layangan grafik baharu dengan empat warna pilihan seperti Hitam, Biru, Edisi Repsol serta warna baharu ikonik Trico Honda. 

Selari dengan peredaran masa, Honda RS150R kini didatangkan dengan panel meter LCD digital baharu yang memaparkan informasi dengan lebih jelas dan terang. 
 


Selain daripada itu, tiada sebarang perubahan dibawakan pada unit enjin, di mana ia masih kekal dengan enjin 149.2 cc empat injap DOHC yang menghasilkan 15 hp pada 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm pada putaran enjin 6,500 rpm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.
 


Harga jualan atas jalan tanpa insurans pula bermula dari RM8,199 untuk model asas manakala model edisi Repsol pula dijual pada harga sedikit mahal, RM8,499.

Boon Siew Honda mendatangkan jaminan kilang selama dua tahun, atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar sah seluruh negara bermula 3 Jun 2023, dengan…