Honda RS-X tampil dengan liveri Repsol, dari RM9,948

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengumumkan kehadiran model RS-X edisi terhad yang dilengkapi dengan liveri Repsol untuk pasaran tempatan.

Penawaran terbaharu ini membawakan liveri Repsol berwarna jingga, merah dan putih, diikuti dengan rim berwarna jingga yang mampu menyerikan lagi imej sport Honda RS-X.
 

RS-X


Dari segi kuasa, Honda RS-X didatangkan dengan enjin 150 cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 15.8 hp @ 9,000 rpm, serta daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Menjadikan penawaran RS-X lebih bernilai adalah kehadiran ciri brek anti-kunci (ABS), pemacu rantai tertutup, serta speedometer digital yang mampu memaparkan maklumat penting kepada penunggang.
 

RSX


Hanya 5,000 unit sahaja RS-X Repsol yang akan ditawarkan, dengan harga jualan bermula dari RM9,948.

Sebagai makluman, harga jualan RS-X standard bermula dari RM9,550.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ianya bersempena dengan pelancaran kempen ‘Man-Gineered For Power’ Bad Lab yang mempunyai misi…
Pelancaran Motosikal
Kehadiran Honda Vario 125 ke pasaran tempatan bakal memberikan pembeli pilihan kepada pembeli untuk…
Pelancaran
Warna baharu yang dimaksudkan itu ialah Shasta White yang menjadikan skuter X-ADV ini lebih elegan…