Honda REBEL 2022 dapat warna baharu Pearl Organic Green, harga RM32,800

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kemaskini model Honda GL1800 Gold Wing dan Honda CBR250RR, Boon Siew turut membawakan penawaran warna baharu untuk motosikal Honda REBEL 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pertama kali muncul di tanah air pada tahun 2017, Honda REBEL membawakan penampilan klasik dan penggayaan bobber kontemporari.
 

rebel


Ia membawakan nadi sejukan cecair 471 cc parallel twin yang berupaya menghasilkan 46 kuasa kuda @ 8,500 rpm dan daya kilas 43 Nm @ 6,000 rpm, dibantu dengan ciri seperti klac Assist/Slipper dan brek ABS.

Warna baharu Pearl Organic Green bakal menyertai dua warna sedia ada iaitu Graphite Black dan Matte Jeans Blue Metallic.
 

REBL


Harga jualan bermula dari RM32,800, dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).