Honda Prologue 2024 - SUV elektrik pertama Honda, dibangun bersama GM

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada Honda Prologue 2024, SUV elektrik pertama jenama Honda yang bakal memulakan hala tuju syarikat itu ke arah jenama elektrik sepenuhnya pada masa depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan menerusi kerjasama dengan GM dengan penggunaan platform fleksibel BEV3, unit pacuan dan pengurusan bateri Ultium, tidak mengejutkan apabila Honda Prologue ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan model Chevrolet Blazer EV.
 

Honda


Dari segi dimensi, Honda Prologue membawakan ukuran sepanjang 4,877 mm, lebar 1,989 mm, serta tinggi 1,643 mm yang menjadikannya lebih besar berbanding Honda CR-V 2023 (203 mm lebih panjang, 127 mm lebih lebar).

Jarak antara roda pula adalah sama panjang dengan Chevrolet Blazer EV, sekitar 3,094 mm, atau hampir menyamai saiz yang ditawarkan oleh BMW X7.
 

ev


Tidak banyak info berkenaan spesifikasi teknikal didedahkan, namun Honda turut melakukan kerja bagi memastikan Prologue 2024 ini boleh dibezakan daripada mana-mana model GM.

Unit lampu utama hadapan telah direka semula di mana bahagian tersebut telah diberikan identiti sama seperti model Honda yang lain, sementara pada bahagian belakang, logo H kini telah digantikan dengan perkataaan Honda dengan fon huruf yang menyamai apa yang digunakan pada model Range Rover.

Rim pula didatangkan saiz 21 inci secara standard.
 

ev


Untuk ruang dalaman, terdapat skrin kluster digital ala-ala tablet bersaiz 11 inci, diikuti dengan skrin tengah melintang bersaiz 11.3 inci, dengan butang kawalan yang hampir sama dengan apa yang ada pada model CR-V dan Civic.

Difahamkan, SUV elektrik pertama Honda ini bakal ditawarkan opsyen sistem pacuan semua roda, namun tidak dapat dipastikan sama ada varian pacuan roda depan atau belakang bakal ditawarkan sama seperti yang wujud pada model Blazer EV.

 

 

Chevrolet Blazer EV


Lebih banyak butiran lanjut berkenaan Honda Prologue 2024 bakal diumumkan menjelang tarikh jualan rasmi model SUV tersebut dua tahun dari sekarang.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda Prologue merupakan hasil kerjasama dengan jenama gergasi…