Honda Prelude SiR 1996 antara kereta yang karam bersama kapal Felicity Ace

oleh Mohamad Hanif|
Insiden kebakaran kapal kargo Felicity Ace yang sedang dalam perjalanan menuju ke Amerika Syarikat tempoh hari menenggelamkan sejumlah besar kenderaan milik Volkswagen Group.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, kapal dengan kapasiti 4,000 buah kenderaan itu membawa muatan kenderaan sebanyak 3,828 buah kenderaan, di mana sebahagian besarnya merupakan kereta Porsche (1,117 unit), Audi (1,944 unit), Volkswagen (561 unit), Bentley (189 unit) dan Lamborghini (85 unit).

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa buah kenderaan klasik dan lama menumpang atas kapal tersebut, seperti contoh Land Rover Santana 1977, BMW 750i 2007, Ford Mustang 2015, Mini Countryman 2019 yang diletakkan dalam kotak kayu, Porsche 718 Boxster GTS 4.0, 12 buah traktor Fendt, dan sebuah Honda Prelude SiR 1996.
 

Felicity Ace


Menariknya, berdasarkan laporan daripada Top Gear NL mereka menjumpai hantaran di laman Facebook di mana seorang lelaki mendakwa model Honda Prelude SiR tersebut merupakan model Prelude generasi kelima (unit bernombor 65) yang diimport ke Amerika Syarikat untuk dibaik pulih dan menjalani proses restorasi.

Sayang sekali, disebabkan masalah dengan syarikat insurans, syarikat perkapalan dan beberapa faktor yang berkaitan, lelaki malang tersebut tidak mendapat apa-apa pampasan berhubung Prelude yang tenggelam itu.

Sumber: importinfo, Top Gear NL