Honda pindah kilang dari India ke Indonesia, pelaburan bernilai RM1.49 billion!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita menjelaskan bahawa Honda Motor Company kini bersedia untuk memindahkan operasi pemasangan kenderaan dari India ke Indonesia.
Modenas

Tambah beliau lagi, syarikat automotif Jepun itu juga bakal menambah pelaburan bernilai Rp 5.2 trillion (RM1.49 billion) untuk tempoh sehingga 2024.

Selain daripada itu, Honda juga dikatakan akan meningkatkan aktiviti eskport terutama komponen automotif ke sembilan negara termasuklah Thailand, Malaysia, Vietnam, Jepun, Pakistan, Arab Saudi dan tiga negara Timur Tengah yang belum diperincikan.

Selain daripada Honda, beberapa syarikat automotif lain juga turut memberikan komitmen melabur untuk pasaran negara jiran, seperti Toyota, Suzuki, Hyundai, dan yang terbaharu bulan lalu di mana kerajaan Indonesia menerima cadangan pelaburan daripada Tesla untuk mendirikan kilang penghasilan bateri EV.

Berita ini timbul selepas Honda dilaporkan akan menutup salah satu daripada kilang pemasangan kenderaan yang terletak di Greater Noida, dan memindahkan operasi pemasangan ke fasiliti kedua di Rajashtan yang memiliki kapasiti penghasilan sebanyak 180,000 unit per tahun.

Menurut laporan fiskal yang berakhir pada Mac 2020, Honda India telah berjaya menjual kira-kira 102,000 buah kenderaan dan mengeksport hampir 4,000 unit kenderaan.

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada laman automotif Jepun Car Sensor, kelibat prototaip Sports EV itu dilihat…
Berita Domestik
Perolehan meningkat kepada RM3.51 bilion daripada RM2.74 bilion, katanya dalam satu makluman kepada…
Berita Global
Ia juga merupakan antara sedan Honda yang digemari ramai disebabkan bentuk dan rekaannya yang malar…