Honda Pilot 2023 - generasi baharu SUV Honda yang paling besar, nadi V6 lebih berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan generasi baharu SUV Honda yang paling besar di dalam portfolio jenama itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Pilot 2023 hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dengan membawakan beberapa perubahan dari segi trenkuasa, ciri keselesaan dan keselamatan.

Rupa paras Honda Pilot 2023 nyata lebih tegap, dengan unit lampu hadapan serba baharu, rekaan jeriji yang lebih menegak, serta penawaran rim bersaiz 18 hingga 20 inci.
 

pilot


Manakala unit lampu belakang pula lebih ringkas, mengingatkan kita pada model Everest generasi lama.

Berbanding Pilot yang terdahulu, Pilot 2023 ini memiliki dimensi 86 mm lebih panjang, menyumbang kepada ruang kabin yang lebih luas, serta ruang kargo sebesar 635 liter yang boleh meningkat kepada 3,219 liter apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat.

Khusus untuk model TrailSport, ia telah mendapat penambahbaikan seperti jarak antara roda yang turut dipanjangkan, serta jarak trek roda yang telah ditambah untuk lebih kestabilan.
 

TrailSport


Casis Pilot baharu ini juga lebih tegar, dibantu dengan topang MacPherson yang telah ditala serta suspensi multilink baharu di belakang yang membolehkan SUV Honda ini jauh lebih sofistikated di atas jalan raya.

Tidak cukup dengan itu, varian TrailSport juga turut mendapat jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi, sudut off-road yang lebih besar, tayar Continental TerrainContact AT, serta kamera khusus TrailWatch.
 

Pilot


Susun atur ruang kabin Honda Pilot 2023 ini cukup ringkas, menyamai apa yang ditawarkan pada model Civic dan CR-V.

Varian tertinggi mendapat skrin paparan instrumen sebesar 10.2 inci, skrin infotainmen sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara standard, serta sistem audio Bose 12 pembesar suara dengan kotak subwoofer (untuk varian Touring & Elite).

Disebabkan keupayaan untuk membawa lebih ramai penumpang, Honda telah melengkapkan Pilot 2023 dengan lapan beg udara secara standard.

Ciri pertama di dunia yang wujud pada Pilot 2023 adalah beg udara hadapan sebelah penumpang yang direka khas untuk mengurangkan risiko kecederaan otak yang biasanya berkaitan dengan pelanggaran hadapan serong.
 

pilot


Selain itu, kelengkapan Honda SENSING dipertingkatkan dengan kamera sudut pandang lebar 90 darjah, serta radar sudut lebar 120 darjah bertujuan untuk menambahbaik prestasi pengelakan pelanggaran serta keupayaan untuk mengenal pasti objek atas jalan.

Ciri seperti informasi titik buta, kawalan brek kelajuan rendah, kawalan jelajah adaptif, serta bantuan pengekalan lorong bakal ditawarkan pada model baharu ini.

Dari segi kuasa, Honda Pilot 2023 hadir dengan enjin bentangan V6 3.5 liter menghasilkan 285 hp dan 355 Nm.
 

pilot


Ia bukan sekadar lebih berkuasa berbanding enjin V6 terdahulu, Honda telah menggunakan blok aluminium yang unik, mempunyai kurang komponen dan dibantu dengan transmisi automatik 10 kelajuan untuk pemanduan yang lebih lancar.

Terdapat lima mod pemanduan iaitu Normal, Econ, Snow, Sport dan Tow yang mampu menunda muatan seberat 2,268 kg.

Honda Pilot 2023 menggunakan sistem pacuan roda hadapan, kecuali Varian Elite dan TrailSport yang mendapat ciri pacuan semua roda AWD secara standard.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…