Ianya sebagai sebahagian dari kempen global untuk menggantikan berjuta-juta inflator yang berisiko untuk meletup dan membunuh.
Honda berkata, inflator Takata generasi "Alpha" boleh berlaku kerosakan dengan risiko untuk rosak sehingga 50%, dimana ianya akan menyebabkan kecederaan yang membawa maut akibat serpihan ketika pelanggaran.

Antara model Honda dan Acura dengan generasi "Alpha" beg udara Takata ialah:
- 2001-2002 Honda Accord
- 2001-2002 Honda Civic
- 2002 Honda CR-V
- 2002 Honda Odyssey
- 2003 Honda Pilot
- 2002-2003 Acura 3.2 TL
- 2003 Acura 3.2CL
Menurut pengumuman Honda, "Kira-kira 8,200 kenderaan Honda dan Acura dengan beg udara paling berbahaya masih dipandu hari ini."
"Honda telah menggantikan atau menyumbang lebih daripada 99% daripada inflator Alpha, tetapi adalah sangat kritikal bahawa pemilik kenderaan yang tinggal ini bertindak sekarang untuk melindungi diri mereka dan orang yang mereka sayangi."
"Kenderaan ini berusia 20 hingga 22 tahun sekarang, dan risiko kepada pemandu dan penumpang kenderaan sangat teruk. Beg udara Alpha adalah antara yang tertua dalam proses recall, dan ia mempunyai kadar kegagalan 50%."

"Jika inflator pecah, serpihan logam terbang ke arah muka pemandu boleh membunuh atau meninggalkan mereka dengan kecederaan yang dahsyat dan mengubah kehidupan."
Kempen recall yang melibatkan isu beg udara Takata itu telah dilakukan selama lebih sedekad untuk menggantikan berjuta-juta inflator, yang telah mengakibatkan kecederaan dan kematian.
Di Malaysia juga telah dilakukan kempen recall yang melibatkan isu beg udara Takata, kos bagi pembaikan dan penggantian juga adalah percuma.
Sumber: autoblog