Bersempena dengan itu, Honda telah menerbitkan sebuah gambar acah yang memaparkan bahagian profil sisi hatchback segmen B itu.
Jika dilihat sekali imbas, ia membawakan sisi yang lebih kurang sama seperti model generasi ketiga, namun dengan beberapa pembaharuan seperti rekaan berkelok, tingkap suku hadapan yang lebih besar, serta tiang A yang lebih tirus.
Dari segi penawaran kuasa, Jazz bakal menampilkan sistem hibrid dengan dua motor elektrik yang memberikan keseimbangan antara kuasa dan juga penjimatan bahan api.
Berkemungkinan besar ia bakal membawakan sistem yang serupa daripada model Insight yang mampu menjana 151 kuasa kuda, 267 Nm daya kilas serta padanan transmisi CVT elektronik (eCVT).
Berikut merupakan beberapa pautan berkaitan Honda Jazz/Fit 2020:
Maklumat berkenaan Honda Jazz 2020