Honda perkenal Grass Miimo - mesin pemotong rumput automatik untuk kebun, ladang kecil

oleh Mohamad Hanif|
Kalau di dalam rumah, terdapat beberapa produk elektronik yang kini mampu melakukan tugas-tugas pembersihan secara automatik dan senang didapati di laman membeli belah seperti Shopee, di luar rumah juga tidak kurang hebatnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Honda yang kita ketahui turut menghasilkan produk pemotongan rumput, dan Honda Grass Miimo merupakan sebuah robot pemotong rumput yang baharu sahaja diperkenalkan oleh Honda.

Ia memiliki berkeupayaan untuk bekerja pada kawasan seluas 4,000 meter persegi, sesuai untuk kegunaan kebun dan juga ladang kecil.

Dengan adanya Grass Miimo, tugas-tugas memotong rumput kini boleh dilakukan dengan lebih mudah, ini kerana ia berkeupayaan untuk mengesan dan mengelak halangan (macam robot vakuum!), serta beroperasi dalam kawasan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Sistem komputer Grass Miimo juga boleh mengarahkannya untuk kembali ke tempat pengecasan sekiranya bateri sudah semakin lemah - sama seperti fungsi yang terdapat pada sesetengah kereta EV dan PHEV.

Grass Miimo mempunyai beberapa kelemahan seperti tidak dapat beroperasi dalam keadaan panjang rumput melebihi 10 cm dan sudut cerun yang melebihi 25 darjah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…