Honda perkenal CBR1000RR-R Fireblade 2020, Rabbit lebih garang!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Rabbit atau Fireblade mempunyai pengikut tersendiri di kalangan tempatan apatah lagi Honda sudah berkali-kali menjadi juara dunia di dalam MotoGP.

Honda Fireblade mempunyai sejarah yang panjang, berusia 28 tahun dan sinonim dengan pengendalian yang baik, keseimbangan dan seronok untuk ditunggang.

Sempena pameran EICMA 2019, Honda mempertontonkan CBR1000RR-R Fireblade 2020 yang mempunyai pengaruh RC213V MotoGP dan versi jalanan RC213V-S. Ciri yang jelas menonjol ialah winglet pada fairing ala MotoGP.

Motosikal ikonik ini dikuasakan enjin sebaris empat silinder paling berkuasa pernah dihasilkan Honda. Ia mempunyai bore dan stroke sama seperti RC213V-S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CBR1000RR-R Fireblade

 

Kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 214 hp pada 14,500 rpm dan tork 113Nm pada 12,500 rpm dengan berat hanya 201 kg.

CBR1000RR-R turut ditawarkan dalam varian SP. Model itu dilengkapi Öhlins Electronic Control separa aktif generasi kedua (2.0) dengan fork NPX 43mm dan penyerap hentak belakang Öhlins TTX36 Smart-EC.

Sistem modul Öhlins EC 2.0 yang mengawal suspensi elektronik juga boleh ditemui di dalam Yamaha YZF-R1M dan Ducati Panigale V4 S.

Brek depan dibekalkan Brembo Stylema empat omboh dan angkup brek belakang Brembo yang sama seperti RC213V-S.

Lengan ayun pula 1.2 inci lebih panjang dari model terdahulu bagi meningkatkan kestabilan.

 

Honda CBR1000RR-R Fireblade

 

Kedua-dua varian menggunakan IMU enam paksi (axis) Bosch baharu menggantikan unit lima paksi pada model terdahulu.

IMU baharu itu berupaya memberikan kiraan yang begitu jitu dalam mengukur yaw, pitch dan roll untuk pengendalian dan prestasi yang lebih baik.

Honda juga mahu menyamakan komponen dan kedua-dua CRB1000RR-R Fireblade dan CBR1000RR-R Fireblade SP dilengkapi set ekzos 4-2-1 dengan end can Akrapovic ringan diperbuat dari titanium.

Kedua-dua model turut ditawarkan dalam dua skema warna iaitu Grand Prix Red yang diinspirasi dari HRC dan Matte Pearl Black.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda CBR1000RR-R Fireblade

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…